Khamis, 27 November 2008

Skim pencen diberi semula kepada kakitangan awam

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kerajaan bersetuju supaya opsyen mengambil skim pencen diberi semula kepada semua anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempoh opsyen tersebut bermula dari 1 hingga 31 Januari tahun depan dengan tarikh kuat kuasanya pada 1 Februari.
Beliau mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah kualiti sektor awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Rebutlah peluang keemasan ini ! Durian Runtuh Kepada 43,000 Kakitangan Perkhidmatan Awam.

Tiada ulasan: