Isnin, 20 Disember 2010

Ruang waktu dan waktu afdal Solat Dhuha
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani

Selasa, 2 November 2010

SHALAWAT NARIYAH

“Shalawat Nariyah cukup populer di banyak kalangan dan ada yang meyakini bahwa orang yang bisa membacanya sebanyak 4444 kali dengan niat menghilangkan kesulitan-kesulitan atau demi menunaikan hajat maka kebutuhannya pasti akan terpenuhi. Berikut ini adalah bunyi shalawat tersebut:”

اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتيم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه عدد كل معلوم لك

Allahumma sholli sholaatan kaamilatan Wa sallim salaaman taaman ‘ala sayyidinaa Muhammadin Alladzi tanhallu bihil ‘uqadu, wa tanfariju bihil kurabu, wa tuqdhaa bihil hawaa’iju Wa tunaalu bihir raghaa’ibu wa husnul khawaatimi wa yustasqal ghomaamu bi wajhihil kariimi, wa ‘alaa aalihi, wa shahbihi ‘adada kulli ma’luumin laka

Artinya:

“Ya Allah, limpahkanlah pujian yang sempurna dan juga keselamatan sepenuhnya, Kepada pemimpin kami Muhammad, Yang dengan sebab beliau ikatan-ikatan (di dalam hati) menjadi terurai, Berkat beliau berbagai kesulitan menjadi lenyap, Berbagai kebutuhan menjadi terpenuhi, Dan dengan sebab pertolongan beliau pula segala harapan tercapai, Begitu pula akhir hidup yang baik didapatkan, Berbagai gundah gulana akan dimintakan pertolongan dan jalan keluar dengan perantara wajahnya yang mulia, Semoga keselamatan juga tercurah kepada keluarganya, dan semua sahabatnya sebanyak orang yang Engkau ketahui jumlahnya.”

Isnin, 25 Oktober 2010

Ulang Tahun Hari Perkahwinan

27 Oktober merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya bersama isteri tersayang Pn.Alimah Abu Bakar. Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mempunyai seorang teman hidup yang baik budi bahasa, sabar, pandai memasak, berdisiplin , dan terbaik dalam semua hal. Genap 15 tahun. Masa berlalu begitu pantas. Tiga orang cahaya mata kami Ainul Syahirah, Mohamad Shafiq & Mohamad Amirul merupakan harta paling berharga kami. Kami berdoa agar mereka mencontohi kami dalam segala hal dan baik dunia dan akhirat.

Rabu, 18 Ogos 2010

FADHILAT BERSEDEKAH
BERSEDEKAH PADA SETIAP HARI DI DALAM BULAN RAMADHAN INI,TINGGI PAHALANYA KERANA KELEBIHAN SERTA KEMULIAAN RAMADHAN. BERSEDEKAH PADA BULAN RAMADHAN AKAN MENUTUP KESALAHAN PUASA,DIAMPUNKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DAN BERLIPAT GANDALAH PAHALANYA,DICURAHKAN RAHMAT OLEH ALLAH,DIJAUHKAN DARI AZAB NERAKA,DIDEKATKAN KE SYURGA DAN JAUHKAN DARI BALA...FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : PERUMPAAN BAGI ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SEPERTIMANA SEBIJI BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH TANGKAI,DAN PADA TIAP-TIAP TANGKAI ITU TERDAPAT SERATUS BIJI PULA.RASULULLAH S.A.W. BERKATA:SEDEKAH ITU SESUATU YANG PALING BESAR..DIULANGI RASULULLAH SEBANYAK 3 KALI ( BEGITU SEKALI RASULULLAH MENEKANKAN KEBESARAN DAN KEMULIAAN BERSEDEKAH )MAKSUD HADIS : SESUNGGUHNYA BERSEDEKAH ITU DAPAT MENUTUP 10 PINTU KEJAHATAN.PARA ULAMA’ BERKATA : BERSEDEKAH ITU 10 KEPUJIAN IAITU 5 DI DUNIA DAN 5 DI AKHIRAT :-

Jumaat, 13 Ogos 2010

Fadhilat surah Yasin

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."

Isnin, 28 Jun 2010

KAABAH
Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh
Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu
Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Khamis, 20 Mei 2010

PENGERTIAN UMRAH

UMRAH pada syarak bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram dengan berihram umrah itu mengerjakan tawaf, sa'ie dan lain-lain rukun serta wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua orang Islam yang memenuhi syarat sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berulang-ulang kali.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w :
"Daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w, Haji dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu ( setelah cukup syaratnya) dan kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu."

Khamis, 13 Mei 2010

Hari Ini Yang Amat Bermakna

Hari ini merupakan hari yang paling bermakna dalam hidupan kita. Kita harus teliti dan berhati-hati dengan perjalanan hidup hari ini bagi akhirat yang baik. Kita di akhir zaman yang banyak godaan, cabaran dan fitnah. Berpegang teguhlah kepada al-Quran dan Hadis. Amalkan bacaan Quran setiap hari semoga berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah.

Jumaat, 23 April 2010

Tafsir Surah al-Baqarah: 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).
Hak Seorang Muslim

Rasulullah saw bersabda:

" Harta tidak akan berkurang kerana disedekahkan. Dan Allah akan menambah kemuliaan seseorang kerana memaafkan. dan jika seseorang bertawaduk kerana Allah, maka Dia akan mengangkatnya."
Hak Seorang Muslim

Rasulullah saw bersabda:

" Siapa suka membicarakan kelemahan seseorang muslim, maka Allah akan membicarakannya pada hari kiamat."

Berbuat Baik Kepada Anak Yatim

"Imam Bukhari menyatakan, " Aku dan pelindung anak yatim di syurga seperti dua ini," Sambil nabi mengisyaratkan dengan kedua jarinya. Jari penunjuk dan jari tengah dan memegang keduanya."
" Siapa yang mengucap kepala anak yatim, hanya kerana Allah, untuknya kebaikan dalam setiap rambut yang terusap tangannya. Dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim atau yatimah di sisinya, maka aku dan dia di syurga seperti dua ini..."

Selasa, 20 April 2010

Renungan & Pandangan

Assalamualaikum cikgu Omar. Suatu renungan yang baik. Sudah tiba masa untuk pemimpin JMMNJ membuat peralihan kuasa. JMMNJ adalah hak kaum malabar dan bukannya syarikat SDN.BHD. Mesyuarat Agung yang lalu merupakan titik hitam dalam sejarah kaum malabar di negeri Johor. Mengapakah suara-suara sumbang begitu kedengaran di luar ? Adakah JMMNJ telah lari daripada landasan sebenar dan objektif penubuhannya pada asal ? Mengapakah ramai kaum malabar berada di luar? Adakah kerana sudah bosan dengan cara pentadbiran JMMNJ? Orang-orang yang berkumpul dan datang ke Mesyuarat Agung adalah sebahagian sahaja. Terdapat ramai lagi di luar yang tunggu dan mengikuti perkembangan JMMNJ.

JMMNJ hanya pengsan seketika. Pasti bangun dan akan berjalan dengan megah. JMMNJ jika terus bergerak seperti ini pasti dikafan dan pasti akan dikebumikan.

JMMNJ harus dipimpin oleh orang yang mempunyai pengalaman mentadbir surau dan madrasah. Sekurang-kurangnya AJK yang aktif dan berjasa, membawa perubahan, kebaikan dan baik budi bahasa dan mempunyai gaya kepimpinan masa kini. Bukannya dari kalangan cerdik pandai bergelar datuk, Tan Sri, Profesor, Dr yang tiada langsung pengalaman dan tiada asas dalam pentadbiran surau dan madrasah. Seolah-olah bagai pemimpin dari langit untuk memimpin JMMNJ yang berada di bumi.

JMMNJ bukannya parti politik, bukannya universiti, bukannya pasar malam, bukannya kedai kopi. Oleh itu biarlah pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan bagi JMMNJ terus maju ke hadapan.
Semoga JMMNJ maju jaya.

Cikgu Sulaiman Moiden
Mantan Exco Kebajikan JMMNJ

Isnin, 8 Mac 2010

Renungan Bersama

Aidiladha pada hari Jumaat 27 Nov 2009, Tahun Baru Hijrah pada hari Jumaat 18 Dis 2009, Hari Natal pada hari Jumaat 25 Dis 2009, Tahun Baru pada hari Jumaat 1 Jan 2010, Gerhana Matahari pada hari Jumaat 15 Feb 2010, Maulidur Rasul pada 26 Feb 2010, Matiny Yesus Kristus pada hari Jumaat 2 April 2010, Hari Wesak pada hari Jumaat 28 Jun 2010, Nuzul Quran pada hari Jumaat 27 Ogos 2010, Hari Raya Aidil Fitri pada hari Jumaat 10 Sep 2010, Hari Deepavali pada hari Jumaat 5 Nov 2010. Ingat dan renunglah. Bayak beramal, beristigfar & berdoa.

Rabu, 24 Februari 2010

Kata-kata Motivasi
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalammerealisasikan impian anda.


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Sabtu, 23 Januari 2010

Kejayaan
Semalam adalah sejarah,
Esok adalah harapan,
Hari ini adalah kenyataan,
Susunlah perjalanan demi suatu kejayaan.