Sabtu, 8 November 2008

SEMUA GURU DISARAN MENJADI AHLI KESATUAN GURU

Semua guru di negara ini disaran menjadi ahli kesatuan guru tempatan yang ada supaya nasib mereka dapat diadili terutama dalam kes membabitkan masalah yang tidak dapat diperjuangkan pihak lain.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim berkata, apabila terdapat kes ‘luar biasa’, hak guru terbabit dapat diperjuangkan dan dilindungi oleh persatuan yang dianggotai.
Beliau berkata, di negara ini ada 24 kesatuan guru yang sedia berkhidmat untuk golongan guru dan mereka boleh memilih mana satu yang disukai, yang penting hak mereka terjaga.

1 ulasan:

Thiru berkata...

Tahniah cikgu sulaiman. Teruskan usaha anada