Ahad, 11 Mei 2014

MUTIARA KATA

Anda tidak boleh mencipta pengalaman.
Anda mesti menghadapinya.

Manusia tidak merancang untuk gagal.
Manusia gagal untuk merancang.

Ahad, 9 September 2012

HADIS RASULULLAH S.A.W TENTANG AKHIR ZAMAN

Kiamat sudah dekat, Tidakkah kita mengetahui. Sejauh manakah amalan kita, layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa, Adakah amalan kita sudah sempurna..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia....

Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*


BALASAN SYURGA KEPADA YANG SABAR


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:  
 
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " 
(Hadis riwayat Imam Bukhari). 
 

Kesimpulan Hadis: 
1. Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 
2. Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DI HARI KIAMAT


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:  
 
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad). 
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:  


1. Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 

2. Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

Selasa, 10 Januari 2012

DOA KHATAM AL-QURAN

Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang mentadbir dan memelihara sekalian alam. Pujian orang-orang dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah,Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami.Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat lagi mengasihani. Tunjukkan dan bimbingilah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Jadikannya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran. Ajarlah kami tentang apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran. Kurniakanlah kepada kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu siang dan malam. Jadikanlah Al-Quran sebagai hajat untuk kami, wahai Tuhan pemelihara seluruh alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran. Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran. Serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran.Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran.Selamatkan kami daripada segala bencana dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra. Semasa hari qiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh. Semasa menuju ke syurga sebagai teman, sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka. Jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan dengan limpah kurnia,kemurahan dan kemuliaanmu jua Ya Allah Tuhan yang maha pemurah.

Ya Allah tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkan kami dari api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran.Tinggikan darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran. Hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya Allah, Tuhan empunya segala macam kelebihan dan ihsan.Ya Allah, wahai Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat . Peliharalah kami dari azab api neraka. Ya Allah mencucurilah rahmat dan selamat sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (s.a.w) serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari api neraka yang mereka katakan. Selamat sejahtera kepada sekalian rasul dan segala puji tertentu kepada Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
DOA SELAMAT

Ya Allah, kami mohon kepadamu keselamatan agama, kasihatan jasmani, bertambah ilmu dan berkah rezeki, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati.

Ya, Allah, mudahkanlah kami pada gelombong sakarathul maut, lepaskanlah dari api neraka dan mendafat kemaafan ketika dihisap.

Ya, Allah jaganlah goncangkan hati kami setelah m endapat petunjuk. Berilah kami rahmat. Engkau maha pemberi. Ya, Allah, berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat. Peliharakan kami dari azab api neraka.

Jumaat, 13 Mei 2011

Aib Peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.
Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.