Selasa, 29 Disember 2009

Madrasah Quwwathul Islam Chaah

Kebangaan Kaum Malabar Di Pekan Chaah.

Isnin, 21 Disember 2009

HIKMAH SUJUD Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegakan sakit hernia. (burut)
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna..

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Rabu, 16 Disember 2009

SELIPAR JEPUN BERBICARA

Namaku SiPun, aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset.

Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan.

Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah!Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia.

Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat.

Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian.

Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian.

Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.
BAIK & BURUK

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya itu, sedangkan kamu tidak mengetahui... Al-Baqarah:216
SALAM MAAL HIJRAH 1431
"Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah"

Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua umat Islam. Saya mengharapkan dan mendoakan dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, ukhwah dan kekuatan seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan lebih kukuh dan dapat diperkasakan pada tahun akan datang.

"Walaupun seribu langkah,ia tetap bermula dengan langkah yang pertama...Telah menjadi fitrah, apabila melangkah, semestinya kehadapan. Melangkah terus kehadapan dengan penuh yakin.Apa yang ada di belakang, tidak mungkin berulang kembali, yang penting kita, harus terus ke hadapan. Tidak bermakna tidak perlu menoleh ke belakang, tetapi...andai asyik memandang ke belakang, sampai bila mahu ke hadapan ???"

Mulakanlah langkah anda....

Isnin, 23 November 2009

Sajak Jamuan Akhir Tahun

PERJALANAN HIDUP

Wahai rakan pendidik,
Cikgu, Guru,
Gelaran penuh hormat,
Walaupun bukan,
Tan Sri, Datuk Sri, YB,

Guru pembakar diri,
Guru penerang hati,
Guru cahaya,
Guru pembuka minda,
Guru rakan setia masyarakat,

Guru ibarat,
Bintang di langit malam hari,
Guru ibarat,
Sang suria di malam hari,

Perpindahan, pertukaran,
Namanya hijrah,
Hijrah itu perubahan,
Hijrah itu perjalanan,
Hijrah itu titik permulaan,

Wahai rakan-rakanku,
Jagalah persornaliti,
Peliharalah maruah,
Hidup berpendirian,
Komitmen dan komited pegangan hidup,
Ubah dan perubahan,
Kata ahli politik,
Reformasi ! Reformasi,

Selamat jalan rakan-rakanku,
Selamat jalan cikgu,
Perjalanan hidup pasti berwarna-warni,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap dihargai.

Sajak,
Hasil Karya Cikgu Sulaiman,
Majlis jamuan Akhir Tahun Kelab Guru 2009.

Ahad, 18 Oktober 2009

Apa itu Badar Maulud

Dari Ustaz Abdul Kareem as-saquofi (terjemahan)

Perayaan ulang tahun perang Badar dirayakan oleh Malabari dalam berapa cara. Kesemuanya melibatkan doa- doa dan pujian untuk para ahli perang Badar ('Badaringal'). Ahli perang Badar adalah para sahabat nabi yang mengambil bahagian dalam peperangan Badar, peperangan yang pertama dalam Islam. Mereka ini telah dijanjikan Allah pahala syahid walaupun hanya 14 orang sahaja yang mati syahid dalam peperangan tersebut.

Badar maala, Badar bait dan Badar maulud merupakan doa dan pujian yang sering di baca. Badar maala adalah pujian ynag dibaca dalam bahasa malayalam. Badar bait pula dibaca dalam bahasa arab dan terdapat 2 jenis

Badar Maulud adalah bacaan yang biasa diamalkan di sini. Ianya dibaca pada hari Badar( 17 Ramadhan atau pada hari lain sekiranya diniatkan untuk mencapai niat-niat tertentu. Ianya dibaca untuk fadhilatnya, bertawassulkan para sabahat dalam doa dengan 'karamah' yang dikurniakan Allah kepada para sahabat nabi yang terlibat dalam perang Badar

Bacaan yang terdiri dari 5 hikayat (yang dibaca oleh imam atau mereka yng mengetuai bacaan). Ianya diselangi oleh 5 'bait' (yang dibaca dalam irama dan di samgut oleh para hadirin yang lain). Ianya diakhiri dengan doa.

Hikayat yang pertama berupakan pengenalan dan terdiri dari ayat dan hadis. Ianya menyebut tentang betapa para sahabat nabi menyayangi sesama sendiri tetapi sebaliknya terhadap musuh-musuh mereka. Hikayat yang kedua hingga keempat menceritakan bagaimana beberapa orang terlepas daripada bencana dan kesukaran dengan menulis atau membaca nama-nama sahabat nabi ahli Badar (dengan izin Allah). Hiakayat yang kelima pula menyebut nama-nama dan para ahli pernag badar seramai 313 orang dan bertawassulkan mereka. Ini diakhiri dengan doa

Badar maulud merupakan antara beberapa tradisi malabari yang masih lagi diamalkan disini.

Asal-usul Masyarakat Malabari di Malaysia

Mukaddimah

Masyarakat Malabari* sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Tanah Melayu dari dahulu lagi. Pada mulanya mereka telah datang sebagai pedagang, melintasi Lautan India dan Arab menjalin perhubungan akrab dengan Kesultanan Melaka dan juga tanah Arab. Malah ada kemungkinan mereka ini telah sampai ke Nusantara lebih awal dari itu. Ramai yang berpendapat bahawa masyarakat Malabari adalah diantara golongan yang paling penting and awal, menyebarkan agama Islam ke kawasan ini.

Kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia sebagai pedagang dan peniaga masih berterusan sehingga ke hari ini. Ramai juga para Malabari yang pernah datang ke Malaysia sebagai pekerja dalam sektor pembinaan serta perladangan. Kumpulan yang terakhir dan sememangnya tidak kurang pentingnya, merupakan kumpulan profesional serta pekerja 'kolar putih'. Masyarakat Malabari yang wujud pada hari ini, adalah berketurunan dari kumpulan yang majmuk ini.

Maklumat tentang kedatangan awal masyarakat Malabari ke Malaysia agak suka di dapati. Ini adalah kerana kekurangan rekod bertulis tentang hal ini. Anggota masyarakat yang tua, yang mengetahui latar belakang ini semakin lama semakin berkurangan. Kami yakin bahawa jika kita tidak mengambil langkah untuk mengumpulkan maklumat ini, sejarah masyarakat Malabari di Malaysia dan Singapura akan luput buat selama -lamanya.

Dengan ini kami ingin menyeru setiap anggota masyarakat kita supaya bersama -sama membantu mengumpulkan segala maklumat tentang tentang kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia atau Singapura. Maklumat ini mungkin dari buku- buku sejarah, tesis hasi penulisan ataupun ataupun melalui perbincangan dengan anggota masyarakat yang lebih tua dari kita. Maklumat yang anda dapati mungkin hanya pendapat individu ataupun pengalaman seseorang, tetapi sekiranya kita dapat mengumpulkan kesemua maklumat ini , kita akan dapat satu gambaran yang menyeluruh tentang peristiwa yang berlanjutan berkurun-kurun lamanya ini.

Anda boleh menghantar maklumat ini kepada webmaster@e-malabari.net . Maklumat pengirim boleh dipaparkan atau di rahsiakan mengikut kehendak anda.Di akhir e-fokus ini, Insya Allah kita akan dapat membuat rumusan tentang asal- usul masyarakat kita secara menyeluruh yang belum pernah di buat sehingga kini.

Wassalaam.

* Istilah 'Malabari' atau pun 'Malabar Muslim' di website ini digunakan untuk merangkumi keturunan kesemua orang Islam dari Negeri Kerala. Kami tidak mengecualikan mana -mana daerah atau kawasan di Kerala dari istilah ini

Jumaat, 16 Oktober 2009

MUTIARA KATA
“Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga” Dr. Mahathir Mohamad.
MUTIARA KATA
1.Orang yang terlalu cepat berputus asa ialah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum matiKesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.


2.“Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran”“Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan”“Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai".

3.“Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian”“Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah”“Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya”

4.“Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan”“Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket”

5.“Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan”“Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri”“Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat”

6.“Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya”“Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan”“Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia”

7.“Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai”“Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan
MUTIARA KATA
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperoleh dalam keadaan sedar atau tidak

Sabtu, 26 September 2009

Anda telah mengikuti rombongan sekolah melawat ke kilang membuat kasut bata . Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sediakan laporan lawatan tersebut.

Laporan Lawatan ke Kilang Membuat Kasut Bata
Persatuan Bahasa Malaysia SJK(T) Ladang Rini, Skudai

Pada 26 Ogos 2008, Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang membuat kasut bata di Kuala Lumpur.

Lawatan ini disertai oleh seramai 40 orang ahli persatuan dan 4 orang guru penasihat. Ahli rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melihat cara-cara kasut dibuat. Rombongan ini tiba di syarikat itu pada pukul 11.00 pagi. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pengurus kilang. Mula-mula kami dibawa ke bilik mesyuarat. Di situ kami diberi taklimat tentang perjalanan syarikat itu.

Setelah itu, kami dibawa ke bilik percetakan oleh pengurus kilang. Kami berpeluang melihat cara-cara membuat kasut bata. Pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing.

Pada pukul 2.00 petang, kami dibawa ke bilik khas untuk jamuan makan. Selepas makan kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan ahli persatuan.

Disediakan oleh, 30 OGOS 2008

…………………….
(V.SHANTEENI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia.

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Hari Penyampaian Hadiah’.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan majlis hari penyampaian hadiah di dewan sekolah. Majlis tersebut dimulakan pada pukul 9.00 pagi.Dewan dihias dengan cantik.

Ramai ibu bapa dan murid menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Setelah itu, Tuan Guru Besar memberi ucapan. Selepas itu, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi ucapan dan merasmikan majlis ini.

Setelah itu, persembahan murid diadakan. Pelbagai persembahan seperti tarian, lakonan, bercerita dan sebagainya diadakan. Murid-murid membuat persembahan dengan penuh semangat.

Selepas itu, pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diberi hadiah oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru. Pelajar-pelajar tampil ke pentas untuk menerima hadiah dengan perasaan bangga dan gembira.

Saya dan Loshnee dipilih sebagai pelajar cemerlang kurikulum dan kokurikulum. Ibu bapa pelajar berasa sungguh gembira melihat anak-anak mereka menerima hadiah.

Setelah itu, jamuan ringan diadakan. Majlis tersebut tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh saya. Orang yang berusaha pasti berjaya.




Anda setiausaha rumah sukan. Sediakan suatu laporan tentang sukan tahunan sekolah anda.


Laporan Sukan Tahunan SJK(T) Ladang Rini, Skudai


Pada 5 Mac 2008 sekolah ini telah mengadakan sukan tahunan kali yang ke – 24. Majlis ini diadakan di padang sekolah pada pukul
9.00 pagi. Padang sekolah dihias dengan bendera yang berwarna-warni.


Ramai ibu bapa datang menyaksikan sukan ini. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan lintas - hormat.Setelah itu, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi ucapan dan merasmikan majlis ini.

Selepas itu, acara sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat jauh, lontar peluru, dan sukaneka diadakan. Murid-murid mengambil bahagian dengan penuh semangat.


Rumah Merah muncul sebagai johan. Rumah Kuning pula muncul sebagai naib johan. Rajendran dan Selvi dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati. Tuan Guru Besar memberi hadiah kepada para pemenang.


Sukan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Setelah itu, murid-murid pulang ke rumah dengan gembira. Kegiatan sukan boleh melahirkan insan yang sihat.


Laporan disediakan oleh, 10 Mac 2008
…………………………………
(G.DIVYA)
Setiausaha,
Rumah Merah.
Anda menyertai suatu perkhemahan pengakap. Tuliskan pengalaman anda.


Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Bandar. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam.

Perkhemahan ini disertai oleh 40 orang murid dan 8 orang guru penasihat. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Kami membawa khemah, barang-barang untuk memasak, lampu suluh dan sebagainya.

Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru penasihat membahagikan tugas. Pengakap lelaki mendirikan lima buah khemah.Pengakap perempuan pula ditugaskan untuk mencari kayu api dan memasak. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas, dan mencari harta karun diadakan.

Pada waktu petang pula diadakan permainan sukaneka dan aktiviti mendaki gunung. Pada waktu malam pula diadakan unggun api. Peserta perkhemahan membuat persembahan seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya.

Pada hari terakhir perkhemahan, peserta diberi sijil dan cenderahati. Sebelum pulang kami bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan. Perkhemahan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada kami.

Walaupun penat, kami berasa sungguh seronok. Perkhemahan seumpama ini dapat mengeratkan perhubungan.






Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Kemalangan Jalan Raya’.


Pada suatu hari, saya dan kawan saya berjalan kaki pulang dari sekolah. Tiba-tiba kami terdengar bunyi berdentum. Kami segera ke arah itu.


Kami ternampak sebuah kereta berlanggar dengan sebuah motosikal. Bahagian hadapan kereta telah remuk. Pemandu kereta tersepit di dalam kereta.


Penunggang motosikal terbaring di jalan raya. Badannya berlumuran darah. Bahagian kepala cedera parah.


Kawan saya segera menelefon pihak polis dan ambulans. Ramai orang berkumpul di situ untuk melihat kemalangan tersebut. Jalan raya menjadi sesak.


Setelah beberapa minit kemudian, pihak polis dan ambulans tiba. Pihak polis mengawal kesesakan jalan raya dan menyiasat punca kemalangan jalan raya.


Pihak ambulans segera membawa mangsa kemalangan ke hospital. Kemalangan tersebut sungguh ngeri. Kemalangan boleh menyebabkan maut. Kita hendaklah berhati-hati semasa di jalan raya.


Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Banjir’.


Hujan turun selama tiga hari berturut-turut. Kampung Sentosa dilanda banjir. Banyak tanaman dan ternakan telah musnah. Penduduk kampung berasa gelisah.


Penduduk kampung diarah berpindah ke sebuah balai raya yang terletak di tempat yang tinggi. Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak polis membantu penduduk kampung berpindah.


Mereka membawa bersama beberapa dokumen yang penting dan barang-barang kemas. Penduduk kampung tinggal di balai raya selama empat hari.


Mereka diberi makanan, minuman, pakaian dan selimut secara percuma oleh pihak kerajaan negeri. Balai raya sesak dengan penduduk kampung. Keadaan di situ kurang selesa kerana penduduk menghadapi masalah bekalan air untuk dimandi.


Setelah empat hari, air mula surut. Kawasan kampung penuh dengan sampah-sarap dan lumpur. Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung.


Ketua kampung memuji sikap penduduk kampung. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana membersihkan kawasan kampung.



Selasa, 22 September 2009

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Lawatan ke Zoo Negara’.

Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang murid dan guru. Saya turut menyertai lawatan tersebut.

Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian guru kami beratur untuk membeli tiket. Setelah itu, kami masuk ke dalam Zoo Negara.

Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa , gajah, zirafah , monyet , buaya , burung dan sebagainya. Binatang yang liar dikurung di dalam sangkar sementara binatang yang jinak seperti arnab dibiarkan bebas. Suasana di dalam zoo riuh-rendah dengan bunyi binatang dan kicauan burung.

Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular di Zoo Negara. Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah . Saya gembira melihat gajah bermain bola dan ular menari mengikut bunyi serunai. Saya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan saya berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan khas kepada pelawat. Kami makan sambil memerhatikan gelagat unggas.

Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun penat, lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami.







Ahad, 13 September 2009

KEUTAMAAN SEDEKAH
Sabda Rasululah s.a.w : "Dan lelaki yang besedekah lalu dia merahsiakannya hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedehkan oleh tangan kanannya".

Jumaat, 21 Ogos 2009

FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Isnin, 17 Ogos 2009

Mata
"Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka: "Mata yang menangis di tengah malam kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah."

Jumaat, 26 Jun 2009

Kuda Yang Terbaik?
Kuda yang terbaik adalah kuda yang patuh kepada tuannya dan mendengar arahan ketuanya. Taatilah orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu. Jika melihat salah laku cuba betulkan dengan cara yang bijak. Jangan takut untuk membuka mulut menegakkan yang batil.
Sabda Rasulullah saw :
"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi. Dan tidak masuk neraka orang yang dalam hatinya ada iman sekecil biji sawi"
Berpecah Kepada 73 Puak
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).
Nabi saw bersabda:
"Aku lihat di syurga kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita."

Khamis, 28 Mei 2009

Mengingati Allah
"Allah swt berkata, " Ketika hamba-Ku mengingati-Ku dalam hatinya,maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku, jika dia mengingati-Ku dalam sesuatu kelompok, maka Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompoknya.

Khamis, 21 Mei 2009

Tawakal Kepada Allah
"Kalau engkau bertawakal kepada Allah dengan sesungguhnya, tentulah Dia memberi rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi berlapar dan waktu petang dalam keadaan kenyang".

Isnin, 20 April 2009

HATI MANUSIA
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Berpuasa

Berpuasalah seminggu sekali.
Puasa pasti membawa ketenangan jiwa.
Kita sudah lama bersukaria di dunia.
Kumpulkan amalan untuk akhirat.
Dunia hanya sementara. Perjalanan kita belum berakhir lagi.

Jumaat, 3 April 2009

Tiga Tindakan Najib
Membebaskan 13 tahanan ISA
Kajian semula ISA
Menarik Balik larangan Harakah & Suara Keadilan

Perdana Menteri Malaysia Ke 6

Hidup Najib

Rabu, 1 April 2009

TAZKIRAH HATI

Kita suka bila kita dipercayai,
Kita suka bila kita disanjungi,
Kita tidak suka bila kita dicaci,
Kita tidak suka dikianati,
Kita tidak suka dizalimi,
Kita tidak suka dibenci,

KETUKLAH HATI, KOREKSI PERIBADI.

Sabtu, 7 Mac 2009

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Beradalah di dunia seolah-olah engkau orang asing atau musafir."

Pengajaran: Islam tidak melarang kita mencari kesenangan dan kemewahan hidup di dunia. Namun demikian, kita janganlah sesekali dilalaikan oleh sikap tamak akan harta dunia. Dunia ini hanyalah sementara dan akhirat jualah kelak akan kekal buat selama-lama. Kita haruslah insaf bahawa hidup kita di dunia ini adalah tidak ubah seperti musafir. Oleh yang demikian, kita haruslah memperbanyak amal ibadat untuk bekalan di Hari Akhirat.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah yang diberikan kepada orang miskin akan diganjarkan dengan satu pahala sedekah. Dan sedekah yang diberikan kepada ahli keluarga terdekat akan diganjarkan dengan dua pahala; satu pahala sedekah dan satu pahala menyambung silaturrahim."
Tujuan kitab suci Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia ialah:

Sebagai pembimbing dan memberikan panduan kepada manusia.
Membimbing manusia tentang cara membentuk akhlak dan masyarakat.
Membetulkan akidah manusia yang menyeleweng daripada agama yang benar (Islam).
Memberitahu perkara-perkara yang hak (benar) dan yang batil (salah).
Memberitahu perkara-perkara yang ghaib (Contohnya : Hari Akhirat, syurga, dan neraka).
PERHIMPUNAN 100,000 MEMBANTAH PPSMI
Rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. Sudah sampai masa kezaliman dan kemungkaran berkubur. tahun 2009 tahun operasi lalang salah guna kuasa. Ramai maharajalela akan disabitkan atas kesalahan.

Jumaat, 6 Februari 2009

MANUSIA MEMPUNYAI PENDIRIAN, SYAITAN GILA DUIT
Lebih baik ADUN kawasan yang keluar daripada parti pakatan meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah.
"Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak.
POLITIK NEGERI PERAK
Dalam kes di Perak sekarang diibaratkan gadis yang keluar rumah, kemudian pulang dengan membawa anak tanpa diketahui di mana pernikahannya, maka anak yang dibawa pulang itu anak haram.

Isnin, 26 Januari 2009

Bedah siasat kedua A.Kugan siap..

Bedah siasat kedua ke atas mayat A Kugan siap pada kira-kira jam 9.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Bedah siasat itu, yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang, dijalankan oleh pakar patologi yang dikenalpasti sebagai Dr Prashant.Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memberitahu Malaysiakini bahawa doktor telah memberi penerangan ringkas kepada keluarga Kugan, peguam mereka N N Surendran dan ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Sabtu, 17 Januari 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU
Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.