Rabu, 24 Disember 2008


THE SECRET OF WINNING TEAMS
The six most important words:
I admit that I was wrong.
The five most important words;
You did a great job.
The four most important words;
What do you think?
The three most important words;
Could you please…?
The two most important words;
Thank you.
The most important words;
We
The least important words;
I
Maksud PTMc-CARE

SEMOGA KITA BERMESRA SESAMA KITA, LEBIH MEMAHAMI DAN MENGHAMPIRI MURID DENGAN 1001 TEKNIK DAN KAEDAH KE ARAH GURU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
AYAH TINGGAL DALAM KERETA VOLVO SELAMA 6 TAHUN

Anak-anak tidak merestui bapa tinggal dalam kereta
Tindakan Ngah Muhammad, 90, (Kuala Terengganu)yang menjadikan kereta Volvo 122S miliknya sebagai tempat tinggal sejak enam tahun lalu tidak 'direstui' anak-anaknya yang tidak jemu-jemu memujuk warga emas itu supaya tinggal bersama mereka.

Khamis, 18 Disember 2008

Keistimewaan Hari Jumaat

JUMAAT mempunyai banyak keistimewaan dan kemuliaannya. Jumaat penghulu segala hari ialah hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar dalam seminggu bagi kehidupan Muslim. Syaikh Ibnul Qayyim dalam bukunya Zaadul Maad mencatatkan: “Hari Jumaat ialah hari yang paling komprehensif untuk beribadah. Kemuliaan hari ini bila dibandingkan dengan hari lainnya dalam seminggu, laksana kemuliaan Ramadan dibandingkan dengan bulan lainnya dalam setahun. Waktu mustajab pada Jumaat, seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar pada Ramadan.”Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik dan semulia-mulia hari terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud) Tidak diragui lagi bahawa sebaik-baik hari bagi orang Islam adalah Jumaat. Pada Jumaat, Allah menciptakan Adam sebagai manusia pertama di muka bumi dan Allah menurunkannya ke bumi juga pada Jumaat. Pada hari itu jugalah Allah terima taubat Adam yang melanggar larangan-Nya ketika di syurga. Adam wafat pada Jumaat.

Rabu, 17 Disember 2008

Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya

Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya:“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu sabda mereka :
1-Apabila kamu sedang solat, jagalah betul-betul fikiranmu.
2-Apabila kamu berada di rumah orang lain, jagalah matamu.
3-Apabila kamu berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidah kamu.
4-Apabila kamu menghadiri jamuan makan, jaga perangaimu.
5-Ingat kepada Allah S.W.T.
6-Ingatkan mati (buat persediaan sebelum mati)
7-Lupakan budi baik kamu terhadap orang lain.
8-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap kamu.
SIFAT MUNAFIK

"Sesiapa yang ada padanya empat sifat dia benar-benar munafik, sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik. Sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berdusta, apabila dipercayai dia khianat, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila bertengkar dia melampaui batas." (Hadis Riwayat Bukhari)

Jumaat, 12 Disember 2008

Jangan Takut Bawa Pembaharuan

Pembaharuan pasti tidak boleh diterima boleh manusia yang tidak berani kerana takut mereka dibandingkan. Reformasi pasti membawa kesan. Berjuanglah habis-habisan untuk menentang salah gunakuasa, penyelewengan dengan berpegang pada integriti. Usaha dengan gigih, ikhlas dan jujur. Kebenaran tidak akan kalah dan dikalahkan. Takawal. Hasbunallahu Waniamal Wakil.
Cakap Orang Ramai Bukan Penentu Kebenaran

Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau pendapat orang semata. Maka betapa banyaknya fakta-fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ianya tidak digemari oleh cakap orang ramai. Entah berapa banyak pula fakta yang salah dan dusta ditelan oleh sesebuah masyarakat sebabkan ianya dipercayai oleh majoriti yang ada. Inilah nasib kebenaran atau al-haq jika pungutan suara atau desas-desus ramai dianggap sebagai kayu pengukur utama.
Tuhan Tidak Melupai Perbuatan Si Zalim

Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan Hari Akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedhaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya.

Jumaat, 5 Disember 2008

GURU

Guru...dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana.
GURU

Guru yang sederhana, MEMBERITAHU,
Guru yang baik , MENERANGKAN,
Guru yang lebih baik , MENUNJUKKAN,
Guru yang paling hebat, memberi INSPIRASI
DERMA IKHLAS

Derma ikhlas dari segi wang ringgit tentu tidak akan mengurangkan harta malah ia akan menambahkan harta benda. Dermalah kepada orang yang memerlukan. Harta yang ada pada kita adalah sebahagian harta fakir miskin. Tangan yang memberi adalah lebih mulia daripada tangan yang meminta. Dermalah untuk meringankan beban insan yang memerlukan bantuan. Tangan kanan yang diderma hendaklah tidak diketahui oleh tangan kiri.

Sabtu, 29 November 2008

Manfaatkan waktu dengan beramal

Nabi Muhammad saw bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud ,daripada Ibn Umar katanya,Rasullullah memegang bahuku lalu bersabda:”Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembara).

Ibnu Umar berkata,Rasullullah bersabda lagi:”Jika engkau berada pada waktu petang,maka janganlah engkau menunggu waktu pagi,dan apabila engkau berada pada pagi janganlah engkau menunggu pada waktu petang.Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup sebelum mati.

Keinginan untuk mengecapi kebahagian hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kebahagian untuk kehidupan abadi di akhirat menjadi idaman semua orang.

Islam menunjukkan jalan bagi mencapai matlamat itu.Dunia adalah tempat untuk beramal bagi meraih kebahagiaan bagi dijadikan bekalan di akhirat nanti.Ia bukan tempat untuk bersenang-lenang semata-mata,tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

Kehidupan di dunia diibaratkan sebagai seorang pedagang.Pedagang tentu merindui kampung halaman.Kerinduan itu,tiada ertinya sekiranya sekembalinya ke kampung halaman,tiada bekalan yang dibawanya.

Ingatlah waktu di dunia amat singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal dan melakukan pekerjaan berguna bagi faedah hidup di dunia dan kesenangan di akhirat kelak.
தோல்வி வந்தால் அது உனக்குப் பிரியமானதாகக் காட்டிக்கொள்! வெற்றி அடைந்தால் அது மிகவும் பழக்கப்பட்டதுபோல் காட்டிக்கொள்! இதுதான் வாழ்க்கையின் இரகசியம்!
முட்டாளைச் சமாளிக்க சுருக்கமானமான வழி மௌனமாக இருப்பதுதான!
ஒரு மனிதன் விழாமலே வாழ்ந்தான் என்பது பெருமையல்ல@ விழுந்தபோதெல்லாம் எழுந்தான் என்பதுதான் பெருமை
மறக்க வேண்டியவைகளை மறக்காமல் நினைத்திருப்பதும் மறக்க வேண்டாதவகைகளை மறந்துவிடுவதும்தான் இந்த உலகத்தின் இன்றைய துன்பங்களுக்கு காரணம்
Pemergian Razali satu kerugian - PM

Kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail adalah satu kerugian kepada UMNO dan kementerian tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Khamis, 27 November 2008

:: எது நடந்ததோ, அது நன்றாகவே நடந்தது.
:: எது நடக்கிறதோ, அது நன்றாகவே நடக்கிறது.
:: எது நடக்க இருக்கிறதோ, அதுவும் நன்றாகவே நடக்கும்.
:: உன்னுடையதை எதை இழந்தாய் எதற்காக நீ அழுகிறாய்?
:: எதை நீ கொண்டு வந்தாய் ? அதை நீ இழப்பதற்கு.
:: எதை நீ படைத்திருக்கிறாய், அது வீணாகுவதற்கு.
:: எதை நீ எடுத்துக் கொண்டாயோ, அது இங்கிருந்தே எடுக்கப்பட்டது.
:: எதை கொடுத்தாயோ, அது இங்கேயே கொடுக்கப்பட்டது.
:: எது இன்று உன்னுடையதோ, அது நாளை மற்றொவருடையதாகிறது.
:: மற்றொரு நாள் அது வேறொருவருடைதாகும்.
:: இந்த மாற்றம் உலக நியதியாகும்
Hari Raya Haji 8 Disember

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir & Batin.
Skim pencen diberi semula kepada kakitangan awam

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kerajaan bersetuju supaya opsyen mengambil skim pencen diberi semula kepada semua anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempoh opsyen tersebut bermula dari 1 hingga 31 Januari tahun depan dengan tarikh kuat kuasanya pada 1 Februari.
Beliau mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah kualiti sektor awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Rebutlah peluang keemasan ini ! Durian Runtuh Kepada 43,000 Kakitangan Perkhidmatan Awam.

Jumaat, 21 November 2008

Definition of a child:

everything is possible, nothing is impossible,
dare to fail, dare to try again,
treat everything as a learning experience,
persistent, persevere, never say no,
no worries as "worry is a misuse of your imagination"
BERSAHABAT

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melaku kan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, mem beri per tolongan kepada engkau serta memadai dengan amanah nya atau sikap ber tanggungjawabnya terhadap engkau. "
MEMBALAS KEBAIKAN

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
DOA

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...

Jumaat, 14 November 2008

KEPUTUSAN UPSR SJK(T) RINI, SKUDAI 2008

Tahun ini sekolah ini mencipta sebuah rekod dengan seorang pelajar bernama Krishnah mendapat 7A, 2 orang pelajar mendapat 6A dan 4 orang pelajar mendapat 5A. Kejayaan ini adalah hasil usaha warga sekolah dan guru-guru sekolah tersebut dan strategi perancangan yang diatur oleh Cikgu Thirumurthi selaku pengerusi jawatankuasa peningkatan UPSR. Cif Inspektor Tuan Matavan dari IPK Nusajaya datang ke sekolah untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada pelajar cemerlang. Beliau memberi sumbangan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seramai 7 orang pelajar. Beliau juga berjanji memberi sumbangan 2 buah komputer untuk sekolah.Pelajar cemerlang adik Krishnah diraikan di KFC Nusa Bestari bersama pengerusi peningkatan UPSR Cikgu Thirumurthi, pengerusi panitia bahasa Melayu En.Rasangam dan Kaunselor sekolah Cikgu Sulaiman dengan diberi hadiah.
KEPUTUSAN UPSR SEK-SEK TAMIL MALAYSIA 2008
KEPUTUSAN KESELURUHAN CEMERLANG 7A MENINGKAT
TAHUN 2007 - 577 (7A)
TAHUN 2008 - 719 (7A)

KEPUTUSAN UPSR NEGERI JOHOR 2008

TAHUN 2007 - 119 (7A)
TAHUN 2008 - 154 (7A)

SEKOLAH CEMERLANG KEPUTUSAN 100%
SJK(T) GELANG PATAH DGN JUMLAH CALON 17 ORANG MURID
4 ORANG PELAJAR MENDAPAT 7A
SJK (T) HJ.MANAN KLUANG - 28 (7A)
SJK(T) KULAI BESAR - 19 (7A)
SJK(T) MASAI - 14 (7A)
SJK(T) KANGKAR PULAI - 13(7A)
SJK(T) TUN AMINAH - 11(7A)

Selasa, 11 November 2008

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2008

KELAS TUISYEN INTENSIF BAHASA MELAYU
SKOR A
ANJURAN :
PUSAT TUISYEN MESRA JAYA
MULAI 18 NOV - 24 DIS 2008
(ISNIN, SELASA, RABU )
2.30 PTG - 5.30 PTG
HUBUNGI : CIKGU SULAIMAN MOIDEN
019-7656075

Sabtu, 8 November 2008

NUTP MENOLAK SAINS & MATEMATIK DLM BI

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah.
Pendirian terbaru kesatuan mewakili 135,000 guru itu yang sebelum ini menyokong program dilaksanakan Kementerian Pelajaran sejak 2003 diputuskan ketika Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang pada 24 hingga 27 Ogos lalu.
Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.
SEMUA GURU DISARAN MENJADI AHLI KESATUAN GURU

Semua guru di negara ini disaran menjadi ahli kesatuan guru tempatan yang ada supaya nasib mereka dapat diadili terutama dalam kes membabitkan masalah yang tidak dapat diperjuangkan pihak lain.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim berkata, apabila terdapat kes ‘luar biasa’, hak guru terbabit dapat diperjuangkan dan dilindungi oleh persatuan yang dianggotai.
Beliau berkata, di negara ini ada 24 kesatuan guru yang sedia berkhidmat untuk golongan guru dan mereka boleh memilih mana satu yang disukai, yang penting hak mereka terjaga.

Jumaat, 7 November 2008

TAHNIAH OBAMA

Bermula dengan satu harapan yang hampir mustahil akan tetapi berani, kini ianya sudah menjadi kenyataan. Kemenangan Barack Obama membuka satu lembaran baru dalam sejarah Amerika Syarikat. Sokongan yang diterima Presiden Amerika ini merentasi batas kaum, agama dan generasi. Tuipan angin perubahan amat kencang. Banyak perubahan akan berlaku.???
Obama : Election Night

If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible; who still wonders if the dream of our founders is alive in our time; who still questions the power of our democracy, tonight is your answer. It's the answer told by lines that stretched around schools and churches in numbers this nation has never seen; by people who waited three hours and four hours, many for the very first time in their lives, because they believed that this time must be different; that their voice could be that difference.
MOTIVASI UNTUK ANDA

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu 'KEAZAMAN UNTUK BERJAYAdi atas kegagalan anda semalam binalah bangunan hidupmu buat hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,ukirkan menara-menara yang hebat, bagimembenam lembah-lembah air mata kehampaan.Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
Kata Selembar Kertas

Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor.”
Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensel-pensel beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar
kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni- dan kosong. Janganlah menodai kesucian dengan dosa.
கண்ணைக் கட்டிக் கொள்ளாதே

வி...டு...த...லை...விடுதலைவி...டு...த...லை...விடுதலை
கண்ணைக் கட்டிக் கொள்ளாதே கண்டதையெல்லாம் நம்பாதேகாக்கைக் குயிலாய் ஆகாதே தோழாதாடிகளெல்லாம் தாகூரா மீசைகளெல்லாம் பாரதியாவேஷத்தில் ஏமாறாதே தோழாநம் மடியினில் கனமில்லையே...பயமில்லையே...மனதினில் கரையில்லையே...குறையில்லையே...நினைத்தது முடியும் வரை...
Kejayaan Insan

Insan yang berjaya adalah orang yang pernah menghadapi kegagalan dan bangkit daripada kegagalan. Kegagalan merupakan titik permulaan bagi sesuatu kejayaan. Hendaklah melakukan sesuatu dengan penuh perancangan dan mengambil kira semua pandangan. Keangkuhan, malas, bangga diri,sombong dan tidak integriti merupakan musuh kejayaan.
Raja Petra dibebaskan dari ISA

Mahkamah mengisytiharkan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.
Kes liwat Anwar kekal di mahkamah sesyen

Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Khamis, 6 November 2008

Perjuangan

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab . Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.
Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya
.
Jangan bohong guna nama Rasulullah!
BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.
Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:

Rabu, 5 November 2008

MERENDAH DIRI

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendahkan diri serta dengan perasaan takut dan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang.
Nilai-Nilai Murni
Tolong-menolong
Menghormati ibu bapa
Rajin
Bersopan- santun
Berdikari
Bersyukur kepada Tuhan
Berterima kasih
Menghargai masa
Menyanyangi ibu bapa
Mematuhi peraturan
Mematuhi undang-undang
Bersimpati
Menjaga harta benda
Menepati masa
Bertanggungjawab
Jujur dan amanah
Cekal dan sabar
Saling menghormati
Berjimat-cermat
Bekerjasama
Pemurah
Semangat patriotik
UBAH & PERUBAHAN

KITA BOLEH DIBERI APA SAHAJA
TETAPI
KITA TIDAK BOLEH
DIPAKSA UNTUK BERUBAH,
JIKA KITA SENDIRI
TIDAK MAHU MELAKUKANNYA,
TIDAK AKAN BERLAKU PERUBAHAN
JIKA TIDAK BERUBAH PERLAKUAN
.
Cuai Seorang Guru

Cuai seorang doktor, hilang satu nyawa.
Cuai seorang guru, rosak satu generasi.

Isnin, 3 November 2008

எங்கே வாழ்க்கைத் தொடங்கும்

"எங்கே வாழ்க்கைத் தொடங்கும் அது எங்கே எவ்விதம் முடியும் இதுதான் பாதை இது தான் பயணம் என்பது யாருக்கும் தெரியாது பாதையெல்லாம் மாறி வரும் பயணம் முடிந்து விடும் ! மாறுவதைப் புரிந்து கொண்டால் மயக்கம் தெளிந்து விடும் "
மானிடப் பிறவி ஒரு வரம் தான் ஆறரரிவு படைத்த அவனுக்கு வாழ்க்கையின் தத்துவம் புரிந்தால் அற்ப வாழ்க்கை என்று எண்ண மாட்டான் ,உடலே கோவில் உள்ளேயே தெய்வம் என்பதை அவன் கண்டால் அவனுக்கு வாழ்க்கை இன்பமே ,,,,,,
பேசுவது எளிது அந்த வாழ்க்கையின் தத்துவம் புரிந்து வாழ பூர்வ ஜனம பலனும் வேண்டும்