Jumaat, 14 November 2008

KEPUTUSAN UPSR SJK(T) RINI, SKUDAI 2008

Tahun ini sekolah ini mencipta sebuah rekod dengan seorang pelajar bernama Krishnah mendapat 7A, 2 orang pelajar mendapat 6A dan 4 orang pelajar mendapat 5A. Kejayaan ini adalah hasil usaha warga sekolah dan guru-guru sekolah tersebut dan strategi perancangan yang diatur oleh Cikgu Thirumurthi selaku pengerusi jawatankuasa peningkatan UPSR. Cif Inspektor Tuan Matavan dari IPK Nusajaya datang ke sekolah untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada pelajar cemerlang. Beliau memberi sumbangan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seramai 7 orang pelajar. Beliau juga berjanji memberi sumbangan 2 buah komputer untuk sekolah.Pelajar cemerlang adik Krishnah diraikan di KFC Nusa Bestari bersama pengerusi peningkatan UPSR Cikgu Thirumurthi, pengerusi panitia bahasa Melayu En.Rasangam dan Kaunselor sekolah Cikgu Sulaiman dengan diberi hadiah.

1 ulasan: