Khamis, 6 November 2008

Perjuangan

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab . Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.
Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya
.

Tiada ulasan: