
Kebangaan Kaum Malabar Di Pekan Chaah.
Apa itu Badar Maulud
Dari Ustaz Abdul Kareem as-saquofi (terjemahan)
Perayaan ulang tahun perang Badar dirayakan oleh Malabari dalam berapa cara. Kesemuanya melibatkan doa- doa dan pujian untuk para ahli perang Badar ('Badaringal'). Ahli perang Badar adalah para sahabat nabi yang mengambil bahagian dalam peperangan Badar, peperangan yang pertama dalam Islam. Mereka ini telah dijanjikan Allah pahala syahid walaupun hanya 14 orang sahaja yang mati syahid dalam peperangan tersebut.
Badar maala, Badar bait dan Badar maulud merupakan doa dan pujian yang sering di baca. Badar maala adalah pujian ynag dibaca dalam bahasa malayalam. Badar bait pula dibaca dalam bahasa arab dan terdapat 2 jenis
Badar Maulud adalah bacaan yang biasa diamalkan di sini. Ianya dibaca pada hari Badar( 17 Ramadhan atau pada hari lain sekiranya diniatkan untuk mencapai niat-niat tertentu. Ianya dibaca untuk fadhilatnya, bertawassulkan para sabahat dalam doa dengan 'karamah' yang dikurniakan Allah kepada para sahabat nabi yang terlibat dalam perang Badar
Bacaan yang terdiri dari 5 hikayat (yang dibaca oleh imam atau mereka yng mengetuai bacaan). Ianya diselangi oleh 5 'bait' (yang dibaca dalam irama dan di samgut oleh para hadirin yang lain). Ianya diakhiri dengan doa.
Hikayat yang pertama berupakan pengenalan dan terdiri dari ayat dan hadis. Ianya menyebut tentang betapa para sahabat nabi menyayangi sesama sendiri tetapi sebaliknya terhadap musuh-musuh mereka. Hikayat yang kedua hingga keempat menceritakan bagaimana beberapa orang terlepas daripada bencana dan kesukaran dengan menulis atau membaca nama-nama sahabat nabi ahli Badar (dengan izin Allah). Hiakayat yang kelima pula menyebut nama-nama dan para ahli pernag badar seramai 313 orang dan bertawassulkan mereka. Ini diakhiri dengan doa
Badar maulud merupakan antara beberapa tradisi malabari yang masih lagi diamalkan disini.
Masyarakat Malabari* sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Tanah Melayu dari dahulu lagi. Pada mulanya mereka telah datang sebagai pedagang, melintasi Lautan India dan Arab menjalin perhubungan akrab dengan Kesultanan Melaka dan juga tanah Arab. Malah ada kemungkinan mereka ini telah sampai ke Nusantara lebih awal dari itu. Ramai yang berpendapat bahawa masyarakat Malabari adalah diantara golongan yang paling penting and awal, menyebarkan agama Islam ke kawasan ini.
Kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia sebagai pedagang dan peniaga masih berterusan sehingga ke hari ini. Ramai juga para Malabari yang pernah datang ke Malaysia sebagai pekerja dalam sektor pembinaan serta perladangan. Kumpulan yang terakhir dan sememangnya tidak kurang pentingnya, merupakan kumpulan profesional serta pekerja 'kolar putih'. Masyarakat Malabari yang wujud pada hari ini, adalah berketurunan dari kumpulan yang majmuk ini.
Maklumat tentang kedatangan awal masyarakat Malabari ke Malaysia agak suka di dapati. Ini adalah kerana kekurangan rekod bertulis tentang hal ini. Anggota masyarakat yang tua, yang mengetahui latar belakang ini semakin lama semakin berkurangan. Kami yakin bahawa jika kita tidak mengambil langkah untuk mengumpulkan maklumat ini, sejarah masyarakat Malabari di Malaysia dan Singapura akan luput buat selama -lamanya.
Dengan ini kami ingin menyeru setiap anggota masyarakat kita supaya bersama -sama membantu mengumpulkan segala maklumat tentang tentang kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia atau Singapura. Maklumat ini mungkin dari buku- buku sejarah, tesis hasi penulisan ataupun ataupun melalui perbincangan dengan anggota masyarakat yang lebih tua dari kita. Maklumat yang anda dapati mungkin hanya pendapat individu ataupun pengalaman seseorang, tetapi sekiranya kita dapat mengumpulkan kesemua maklumat ini , kita akan dapat satu gambaran yang menyeluruh tentang peristiwa yang berlanjutan berkurun-kurun lamanya ini.
Anda boleh menghantar maklumat ini kepada webmaster@e-malabari.net . Maklumat pengirim boleh dipaparkan atau di rahsiakan mengikut kehendak anda.Di akhir e-fokus ini, Insya Allah kita akan dapat membuat rumusan tentang asal- usul masyarakat kita secara menyeluruh yang belum pernah di buat sehingga kini.
Wassalaam.
* Istilah 'Malabari' atau pun 'Malabar Muslim' di website ini digunakan untuk merangkumi keturunan kesemua orang Islam dari Negeri Kerala. Kami tidak mengecualikan mana -mana daerah atau kawasan di Kerala dari istilah ini