Sabtu, 26 September 2009

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Hari Penyampaian Hadiah’.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan majlis hari penyampaian hadiah di dewan sekolah. Majlis tersebut dimulakan pada pukul 9.00 pagi.Dewan dihias dengan cantik.

Ramai ibu bapa dan murid menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Setelah itu, Tuan Guru Besar memberi ucapan. Selepas itu, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi ucapan dan merasmikan majlis ini.

Setelah itu, persembahan murid diadakan. Pelbagai persembahan seperti tarian, lakonan, bercerita dan sebagainya diadakan. Murid-murid membuat persembahan dengan penuh semangat.

Selepas itu, pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diberi hadiah oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru. Pelajar-pelajar tampil ke pentas untuk menerima hadiah dengan perasaan bangga dan gembira.

Saya dan Loshnee dipilih sebagai pelajar cemerlang kurikulum dan kokurikulum. Ibu bapa pelajar berasa sungguh gembira melihat anak-anak mereka menerima hadiah.

Setelah itu, jamuan ringan diadakan. Majlis tersebut tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh saya. Orang yang berusaha pasti berjaya.




Tiada ulasan: