Ahad, 18 Oktober 2009

Asal-usul Masyarakat Malabari di Malaysia

Mukaddimah

Masyarakat Malabari* sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Tanah Melayu dari dahulu lagi. Pada mulanya mereka telah datang sebagai pedagang, melintasi Lautan India dan Arab menjalin perhubungan akrab dengan Kesultanan Melaka dan juga tanah Arab. Malah ada kemungkinan mereka ini telah sampai ke Nusantara lebih awal dari itu. Ramai yang berpendapat bahawa masyarakat Malabari adalah diantara golongan yang paling penting and awal, menyebarkan agama Islam ke kawasan ini.

Kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia sebagai pedagang dan peniaga masih berterusan sehingga ke hari ini. Ramai juga para Malabari yang pernah datang ke Malaysia sebagai pekerja dalam sektor pembinaan serta perladangan. Kumpulan yang terakhir dan sememangnya tidak kurang pentingnya, merupakan kumpulan profesional serta pekerja 'kolar putih'. Masyarakat Malabari yang wujud pada hari ini, adalah berketurunan dari kumpulan yang majmuk ini.

Maklumat tentang kedatangan awal masyarakat Malabari ke Malaysia agak suka di dapati. Ini adalah kerana kekurangan rekod bertulis tentang hal ini. Anggota masyarakat yang tua, yang mengetahui latar belakang ini semakin lama semakin berkurangan. Kami yakin bahawa jika kita tidak mengambil langkah untuk mengumpulkan maklumat ini, sejarah masyarakat Malabari di Malaysia dan Singapura akan luput buat selama -lamanya.

Dengan ini kami ingin menyeru setiap anggota masyarakat kita supaya bersama -sama membantu mengumpulkan segala maklumat tentang tentang kedatangan masyarakat Malabari ke Malaysia atau Singapura. Maklumat ini mungkin dari buku- buku sejarah, tesis hasi penulisan ataupun ataupun melalui perbincangan dengan anggota masyarakat yang lebih tua dari kita. Maklumat yang anda dapati mungkin hanya pendapat individu ataupun pengalaman seseorang, tetapi sekiranya kita dapat mengumpulkan kesemua maklumat ini , kita akan dapat satu gambaran yang menyeluruh tentang peristiwa yang berlanjutan berkurun-kurun lamanya ini.

Anda boleh menghantar maklumat ini kepada webmaster@e-malabari.net . Maklumat pengirim boleh dipaparkan atau di rahsiakan mengikut kehendak anda.Di akhir e-fokus ini, Insya Allah kita akan dapat membuat rumusan tentang asal- usul masyarakat kita secara menyeluruh yang belum pernah di buat sehingga kini.

Wassalaam.

* Istilah 'Malabari' atau pun 'Malabar Muslim' di website ini digunakan untuk merangkumi keturunan kesemua orang Islam dari Negeri Kerala. Kami tidak mengecualikan mana -mana daerah atau kawasan di Kerala dari istilah ini

10 ulasan:

Pemsville berkata...

http://pemsville.blogspot.my/2018/03/malbari.html?m=1

Unknown berkata...

Datuk saya keturunan malabri ni

norhayati berkata...

Moyang saya keturunan malbari..dari Pattani hijrah ke terengganu

Afat berkata...

Atuk saya malbari.....maklong masih boleh berbahasa malbari....

Azim. berkata...

bukan bahasa malabari, bahasa Malayalam. tu bahasa yg digunakan oleh malabari. saya malabari tulen. ��

Unknown berkata...

Arwah mak sy bagitau kami keturunab malbari dari kampung kerilla machang kelantan

Abg Lan berkata...

Saya dengar cerita dari mayong pempuan isteri kepada moyang lelaki. Moyang lelaki (Malbari) saya datang ke tanah melayu pada pada tahun 1910 dulu dari Madras. Lari dari di bunuh oleh pemerintah British pada masa tu, tumpang kapal garam, dalam kapal tu ramai juga sahabat saudara dari moyang saya, salah satu seorang adik ipar moyang saya(turun di kuala Terengganu. Masa sampai ke tanah melayu dulu tak boleh turun ramai² mesti turun dalam 5 orang di setiap negeri. Dia orang takut pihak British tahu kemana dia orang lari. Masa moyang perempuan saya nak meninggal dunia ada cerita yang moyang lelaki ni sebenarnya Raja di madras lari dari istana tinggal kan anak sorang. Nama penuhnya dia rahsiakan hanya nama pendek je di beri Mahmud.

Ratu Rajawali berkata...

Assalamualaikum tolong berikan no hp maklong tuan/puan. Atuk saya juga Malabari dan saya sedang menulis tentangnya. boleh rujuk cerpen Avule Aidil Adha sebagai pengenalan.

Ratu Rajawali berkata...

Assalamualaikum tolong wasap saya 0175676679. Saya penulis yang sedang mencantumkan puzzle cerita yang terpecah.

Unknown berkata...

Arwah bapa & Abg Ipar saya berketurunan Malabar, Karala. Meninggal pada tahun 1973 ketika berusia 73 tahun. Maknanya Arwah Bapa lahir sekitar 1900. Kakak Sulong faham bahasa Malabar tp kurang fasih bertutur. Bapa saya telah datang & menetap di Melaka bersama 5/6 orang lain yg sama2 datang dari India. Tapi saya kurang pasti keturunan yang lain-lain.
Bapa saya & semua yang dari India tersebut telah mendapat hak kerakyatan Malaysia melalui "Citizen Registration rules 1957" dan terus menetap di Melaka.
Kami telah terputus hubungan dengan saudara di Karala