Sabtu, 26 September 2009

Anda telah mengikuti rombongan sekolah melawat ke kilang membuat kasut bata . Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sediakan laporan lawatan tersebut.

Laporan Lawatan ke Kilang Membuat Kasut Bata
Persatuan Bahasa Malaysia SJK(T) Ladang Rini, Skudai

Pada 26 Ogos 2008, Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang membuat kasut bata di Kuala Lumpur.

Lawatan ini disertai oleh seramai 40 orang ahli persatuan dan 4 orang guru penasihat. Ahli rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melihat cara-cara kasut dibuat. Rombongan ini tiba di syarikat itu pada pukul 11.00 pagi. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pengurus kilang. Mula-mula kami dibawa ke bilik mesyuarat. Di situ kami diberi taklimat tentang perjalanan syarikat itu.

Setelah itu, kami dibawa ke bilik percetakan oleh pengurus kilang. Kami berpeluang melihat cara-cara membuat kasut bata. Pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing.

Pada pukul 2.00 petang, kami dibawa ke bilik khas untuk jamuan makan. Selepas makan kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan ahli persatuan.

Disediakan oleh, 30 OGOS 2008

…………………….
(V.SHANTEENI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia.

Tiada ulasan: