Selasa, 20 April 2010

Renungan & Pandangan

Assalamualaikum cikgu Omar. Suatu renungan yang baik. Sudah tiba masa untuk pemimpin JMMNJ membuat peralihan kuasa. JMMNJ adalah hak kaum malabar dan bukannya syarikat SDN.BHD. Mesyuarat Agung yang lalu merupakan titik hitam dalam sejarah kaum malabar di negeri Johor. Mengapakah suara-suara sumbang begitu kedengaran di luar ? Adakah JMMNJ telah lari daripada landasan sebenar dan objektif penubuhannya pada asal ? Mengapakah ramai kaum malabar berada di luar? Adakah kerana sudah bosan dengan cara pentadbiran JMMNJ? Orang-orang yang berkumpul dan datang ke Mesyuarat Agung adalah sebahagian sahaja. Terdapat ramai lagi di luar yang tunggu dan mengikuti perkembangan JMMNJ.

JMMNJ hanya pengsan seketika. Pasti bangun dan akan berjalan dengan megah. JMMNJ jika terus bergerak seperti ini pasti dikafan dan pasti akan dikebumikan.

JMMNJ harus dipimpin oleh orang yang mempunyai pengalaman mentadbir surau dan madrasah. Sekurang-kurangnya AJK yang aktif dan berjasa, membawa perubahan, kebaikan dan baik budi bahasa dan mempunyai gaya kepimpinan masa kini. Bukannya dari kalangan cerdik pandai bergelar datuk, Tan Sri, Profesor, Dr yang tiada langsung pengalaman dan tiada asas dalam pentadbiran surau dan madrasah. Seolah-olah bagai pemimpin dari langit untuk memimpin JMMNJ yang berada di bumi.

JMMNJ bukannya parti politik, bukannya universiti, bukannya pasar malam, bukannya kedai kopi. Oleh itu biarlah pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan bagi JMMNJ terus maju ke hadapan.
Semoga JMMNJ maju jaya.

Cikgu Sulaiman Moiden
Mantan Exco Kebajikan JMMNJ

Tiada ulasan: