Khamis, 18 Disember 2008

Keistimewaan Hari Jumaat

JUMAAT mempunyai banyak keistimewaan dan kemuliaannya. Jumaat penghulu segala hari ialah hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar dalam seminggu bagi kehidupan Muslim. Syaikh Ibnul Qayyim dalam bukunya Zaadul Maad mencatatkan: “Hari Jumaat ialah hari yang paling komprehensif untuk beribadah. Kemuliaan hari ini bila dibandingkan dengan hari lainnya dalam seminggu, laksana kemuliaan Ramadan dibandingkan dengan bulan lainnya dalam setahun. Waktu mustajab pada Jumaat, seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar pada Ramadan.”Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik dan semulia-mulia hari terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud) Tidak diragui lagi bahawa sebaik-baik hari bagi orang Islam adalah Jumaat. Pada Jumaat, Allah menciptakan Adam sebagai manusia pertama di muka bumi dan Allah menurunkannya ke bumi juga pada Jumaat. Pada hari itu jugalah Allah terima taubat Adam yang melanggar larangan-Nya ketika di syurga. Adam wafat pada Jumaat.

Tiada ulasan: