Sabtu, 26 September 2009

Anda telah mengikuti rombongan sekolah melawat ke kilang membuat kasut bata . Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sediakan laporan lawatan tersebut.

Laporan Lawatan ke Kilang Membuat Kasut Bata
Persatuan Bahasa Malaysia SJK(T) Ladang Rini, Skudai

Pada 26 Ogos 2008, Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang membuat kasut bata di Kuala Lumpur.

Lawatan ini disertai oleh seramai 40 orang ahli persatuan dan 4 orang guru penasihat. Ahli rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan utama lawatan ini ialah untuk melihat cara-cara kasut dibuat. Rombongan ini tiba di syarikat itu pada pukul 11.00 pagi. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pengurus kilang. Mula-mula kami dibawa ke bilik mesyuarat. Di situ kami diberi taklimat tentang perjalanan syarikat itu.

Setelah itu, kami dibawa ke bilik percetakan oleh pengurus kilang. Kami berpeluang melihat cara-cara membuat kasut bata. Pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing.

Pada pukul 2.00 petang, kami dibawa ke bilik khas untuk jamuan makan. Selepas makan kami bertolak pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan ahli persatuan.

Disediakan oleh, 30 OGOS 2008

…………………….
(V.SHANTEENI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia.

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Hari Penyampaian Hadiah’.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan majlis hari penyampaian hadiah di dewan sekolah. Majlis tersebut dimulakan pada pukul 9.00 pagi.Dewan dihias dengan cantik.

Ramai ibu bapa dan murid menghadiri majlis ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Setelah itu, Tuan Guru Besar memberi ucapan. Selepas itu, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi ucapan dan merasmikan majlis ini.

Setelah itu, persembahan murid diadakan. Pelbagai persembahan seperti tarian, lakonan, bercerita dan sebagainya diadakan. Murid-murid membuat persembahan dengan penuh semangat.

Selepas itu, pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diberi hadiah oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru. Pelajar-pelajar tampil ke pentas untuk menerima hadiah dengan perasaan bangga dan gembira.

Saya dan Loshnee dipilih sebagai pelajar cemerlang kurikulum dan kokurikulum. Ibu bapa pelajar berasa sungguh gembira melihat anak-anak mereka menerima hadiah.

Setelah itu, jamuan ringan diadakan. Majlis tersebut tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh saya. Orang yang berusaha pasti berjaya.




Anda setiausaha rumah sukan. Sediakan suatu laporan tentang sukan tahunan sekolah anda.


Laporan Sukan Tahunan SJK(T) Ladang Rini, Skudai


Pada 5 Mac 2008 sekolah ini telah mengadakan sukan tahunan kali yang ke – 24. Majlis ini diadakan di padang sekolah pada pukul
9.00 pagi. Padang sekolah dihias dengan bendera yang berwarna-warni.


Ramai ibu bapa datang menyaksikan sukan ini. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan lintas - hormat.Setelah itu, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi ucapan dan merasmikan majlis ini.

Selepas itu, acara sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat jauh, lontar peluru, dan sukaneka diadakan. Murid-murid mengambil bahagian dengan penuh semangat.


Rumah Merah muncul sebagai johan. Rumah Kuning pula muncul sebagai naib johan. Rajendran dan Selvi dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati. Tuan Guru Besar memberi hadiah kepada para pemenang.


Sukan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Setelah itu, murid-murid pulang ke rumah dengan gembira. Kegiatan sukan boleh melahirkan insan yang sihat.


Laporan disediakan oleh, 10 Mac 2008
…………………………………
(G.DIVYA)
Setiausaha,
Rumah Merah.
Anda menyertai suatu perkhemahan pengakap. Tuliskan pengalaman anda.


Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Bandar. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam.

Perkhemahan ini disertai oleh 40 orang murid dan 8 orang guru penasihat. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Kami membawa khemah, barang-barang untuk memasak, lampu suluh dan sebagainya.

Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru penasihat membahagikan tugas. Pengakap lelaki mendirikan lima buah khemah.Pengakap perempuan pula ditugaskan untuk mencari kayu api dan memasak. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas, dan mencari harta karun diadakan.

Pada waktu petang pula diadakan permainan sukaneka dan aktiviti mendaki gunung. Pada waktu malam pula diadakan unggun api. Peserta perkhemahan membuat persembahan seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya.

Pada hari terakhir perkhemahan, peserta diberi sijil dan cenderahati. Sebelum pulang kami bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan. Perkhemahan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada kami.

Walaupun penat, kami berasa sungguh seronok. Perkhemahan seumpama ini dapat mengeratkan perhubungan.






Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Kemalangan Jalan Raya’.


Pada suatu hari, saya dan kawan saya berjalan kaki pulang dari sekolah. Tiba-tiba kami terdengar bunyi berdentum. Kami segera ke arah itu.


Kami ternampak sebuah kereta berlanggar dengan sebuah motosikal. Bahagian hadapan kereta telah remuk. Pemandu kereta tersepit di dalam kereta.


Penunggang motosikal terbaring di jalan raya. Badannya berlumuran darah. Bahagian kepala cedera parah.


Kawan saya segera menelefon pihak polis dan ambulans. Ramai orang berkumpul di situ untuk melihat kemalangan tersebut. Jalan raya menjadi sesak.


Setelah beberapa minit kemudian, pihak polis dan ambulans tiba. Pihak polis mengawal kesesakan jalan raya dan menyiasat punca kemalangan jalan raya.


Pihak ambulans segera membawa mangsa kemalangan ke hospital. Kemalangan tersebut sungguh ngeri. Kemalangan boleh menyebabkan maut. Kita hendaklah berhati-hati semasa di jalan raya.


Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Banjir’.


Hujan turun selama tiga hari berturut-turut. Kampung Sentosa dilanda banjir. Banyak tanaman dan ternakan telah musnah. Penduduk kampung berasa gelisah.


Penduduk kampung diarah berpindah ke sebuah balai raya yang terletak di tempat yang tinggi. Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak polis membantu penduduk kampung berpindah.


Mereka membawa bersama beberapa dokumen yang penting dan barang-barang kemas. Penduduk kampung tinggal di balai raya selama empat hari.


Mereka diberi makanan, minuman, pakaian dan selimut secara percuma oleh pihak kerajaan negeri. Balai raya sesak dengan penduduk kampung. Keadaan di situ kurang selesa kerana penduduk menghadapi masalah bekalan air untuk dimandi.


Setelah empat hari, air mula surut. Kawasan kampung penuh dengan sampah-sarap dan lumpur. Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung.


Ketua kampung memuji sikap penduduk kampung. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana membersihkan kawasan kampung.



Selasa, 22 September 2009

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Lawatan ke Zoo Negara’.

Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang murid dan guru. Saya turut menyertai lawatan tersebut.

Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian guru kami beratur untuk membeli tiket. Setelah itu, kami masuk ke dalam Zoo Negara.

Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa , gajah, zirafah , monyet , buaya , burung dan sebagainya. Binatang yang liar dikurung di dalam sangkar sementara binatang yang jinak seperti arnab dibiarkan bebas. Suasana di dalam zoo riuh-rendah dengan bunyi binatang dan kicauan burung.

Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular di Zoo Negara. Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah . Saya gembira melihat gajah bermain bola dan ular menari mengikut bunyi serunai. Saya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan saya berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan khas kepada pelawat. Kami makan sambil memerhatikan gelagat unggas.

Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun penat, lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami.







Ahad, 13 September 2009

KEUTAMAAN SEDEKAH
Sabda Rasululah s.a.w : "Dan lelaki yang besedekah lalu dia merahsiakannya hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedehkan oleh tangan kanannya".