Rabu, 24 Disember 2008


THE SECRET OF WINNING TEAMS
The six most important words:
I admit that I was wrong.
The five most important words;
You did a great job.
The four most important words;
What do you think?
The three most important words;
Could you please…?
The two most important words;
Thank you.
The most important words;
We
The least important words;
I
Maksud PTMc-CARE

SEMOGA KITA BERMESRA SESAMA KITA, LEBIH MEMAHAMI DAN MENGHAMPIRI MURID DENGAN 1001 TEKNIK DAN KAEDAH KE ARAH GURU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
AYAH TINGGAL DALAM KERETA VOLVO SELAMA 6 TAHUN

Anak-anak tidak merestui bapa tinggal dalam kereta
Tindakan Ngah Muhammad, 90, (Kuala Terengganu)yang menjadikan kereta Volvo 122S miliknya sebagai tempat tinggal sejak enam tahun lalu tidak 'direstui' anak-anaknya yang tidak jemu-jemu memujuk warga emas itu supaya tinggal bersama mereka.

Khamis, 18 Disember 2008

Keistimewaan Hari Jumaat

JUMAAT mempunyai banyak keistimewaan dan kemuliaannya. Jumaat penghulu segala hari ialah hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar dalam seminggu bagi kehidupan Muslim. Syaikh Ibnul Qayyim dalam bukunya Zaadul Maad mencatatkan: “Hari Jumaat ialah hari yang paling komprehensif untuk beribadah. Kemuliaan hari ini bila dibandingkan dengan hari lainnya dalam seminggu, laksana kemuliaan Ramadan dibandingkan dengan bulan lainnya dalam setahun. Waktu mustajab pada Jumaat, seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar pada Ramadan.”Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik dan semulia-mulia hari terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud) Tidak diragui lagi bahawa sebaik-baik hari bagi orang Islam adalah Jumaat. Pada Jumaat, Allah menciptakan Adam sebagai manusia pertama di muka bumi dan Allah menurunkannya ke bumi juga pada Jumaat. Pada hari itu jugalah Allah terima taubat Adam yang melanggar larangan-Nya ketika di syurga. Adam wafat pada Jumaat.

Rabu, 17 Disember 2008

Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya

Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya:“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu sabda mereka :
1-Apabila kamu sedang solat, jagalah betul-betul fikiranmu.
2-Apabila kamu berada di rumah orang lain, jagalah matamu.
3-Apabila kamu berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidah kamu.
4-Apabila kamu menghadiri jamuan makan, jaga perangaimu.
5-Ingat kepada Allah S.W.T.
6-Ingatkan mati (buat persediaan sebelum mati)
7-Lupakan budi baik kamu terhadap orang lain.
8-Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap kamu.
SIFAT MUNAFIK

"Sesiapa yang ada padanya empat sifat dia benar-benar munafik, sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik. Sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berdusta, apabila dipercayai dia khianat, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila bertengkar dia melampaui batas." (Hadis Riwayat Bukhari)

Jumaat, 12 Disember 2008

Jangan Takut Bawa Pembaharuan

Pembaharuan pasti tidak boleh diterima boleh manusia yang tidak berani kerana takut mereka dibandingkan. Reformasi pasti membawa kesan. Berjuanglah habis-habisan untuk menentang salah gunakuasa, penyelewengan dengan berpegang pada integriti. Usaha dengan gigih, ikhlas dan jujur. Kebenaran tidak akan kalah dan dikalahkan. Takawal. Hasbunallahu Waniamal Wakil.
Cakap Orang Ramai Bukan Penentu Kebenaran

Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau pendapat orang semata. Maka betapa banyaknya fakta-fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ianya tidak digemari oleh cakap orang ramai. Entah berapa banyak pula fakta yang salah dan dusta ditelan oleh sesebuah masyarakat sebabkan ianya dipercayai oleh majoriti yang ada. Inilah nasib kebenaran atau al-haq jika pungutan suara atau desas-desus ramai dianggap sebagai kayu pengukur utama.
Tuhan Tidak Melupai Perbuatan Si Zalim

Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan Hari Akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedhaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya.

Jumaat, 5 Disember 2008

GURU

Guru...dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana.
GURU

Guru yang sederhana, MEMBERITAHU,
Guru yang baik , MENERANGKAN,
Guru yang lebih baik , MENUNJUKKAN,
Guru yang paling hebat, memberi INSPIRASI
DERMA IKHLAS

Derma ikhlas dari segi wang ringgit tentu tidak akan mengurangkan harta malah ia akan menambahkan harta benda. Dermalah kepada orang yang memerlukan. Harta yang ada pada kita adalah sebahagian harta fakir miskin. Tangan yang memberi adalah lebih mulia daripada tangan yang meminta. Dermalah untuk meringankan beban insan yang memerlukan bantuan. Tangan kanan yang diderma hendaklah tidak diketahui oleh tangan kiri.